Friday, 13 January 2012

globalisasi dan masa hadapan buruh kanak-kanak

          Jagdish Bhagwafi tegas menyatakan bahawa berlaku penyalahgunaan buruh kanak-kanak tidak mempunyai perkaitan dengan proses globalisasi. Seorang tokoh telah menceritakan kisah seorang kanak-kanak yang dipaksa berkerja sebagai seorang hamba dalam isi rumah di India yang dipukul dan dibakar oleh majikan mereka sendiri. Peristiwa ini telah digunakan oleh NGO untuk menyerang proses globalisasi yang berlaku. Keadaan ini menunjukkan bahawa keadaan selesa yang amat besar ini adalah disebabkan oleh kejahatan manusia itu sendiri ini bukannya kesilapan dari satu sistem ekonomi antarabangsa yang berkembang akibat daripada proses globalisasi. Akibat daripada desakan hidup yang tinggi dan keluarga yang miskin ini telah mendesak anak-anak kecil tersebut bekerja dalam sektor-sektor industri yang berkaitan yang mana ini juga dapat meningkatkan pendapatan individu tersebut. Buruh kanak-kanak merupakan salah satu senario yang telah lama berlaku dalam pembangunan sesebuah negara.

        Washington  - Eksploitasi kanak-kanak sebagai buruh di seluruh dunia dapat ditangani dengan menyediakan akses kepada pendidikan dan membasmi kemiskinan yang menyumbang kepada masalah buruh kanak-kanak. Mereka juga mempunai hak tersendiri dalam mempertahankan diri mereka daripada menjadi buruh kanak-kanak.











Globalisasi dan masa depan hak wanita

        Akibat daripada globalisasi juga ini memberi impak dan menyentuh kepada isu hak wanita itu sendiri. Dalam persidangan dunia pertubuhan bangsa-bangsa bersatu keempat telah membincangkan tentang hak wanita. Hak-hak ini penting khususnya objek yang menjadi  fokus yang utama ialah wanita dan kanak-kanak perempuan. Pelbagai halangan untuk memperkasakan hasrat tersebut dan ini didorong pula oleh kemajuan dan perkembangan faktor-faktor lain seperti bangsa, bahasa, etnik, agama dan budaya kerana mereka adalah peribumi.

          Hak wanita juga termasuk didalam hak asasi manusia .Dalam Deklarasi Beijing juga memberi penyokong diutarakan kepada hak-hak wanita yang merupakan satu lagi senjata dalam perjuangan antarabangsa terhadap pernyalahgunaan masa yang telah dilakukan. Mengikut pakar-pakar terkemuka seperti Jagdish Bhagwati yang mengutarakan isu dan hak manusia ialah sesuai untuk pihak lawan.Mereka juga berhujah bahawa wanita juga bebas melakukan perdagangang dalam hak-hak ekonomi dalam mengurangkan nilai kerja mereka, meninggalkan mereka daripada sebarang gaji dan upah, Dalam kes lain, pengkritik globalisasi mendapati bahawa hak wanita ini penting bagi mendapatkan manfaat kerana hasil daripada perkembangan proses globalisasi ini wanita ramai yang telah menjadi mangsa dalam membangunkan dan menceburi diri dalam bidang ekonomi khususnya.