Friday, 13 January 2012

globalisasi dan masa hadapan buruh kanak-kanak

          Jagdish Bhagwafi tegas menyatakan bahawa berlaku penyalahgunaan buruh kanak-kanak tidak mempunyai perkaitan dengan proses globalisasi. Seorang tokoh telah menceritakan kisah seorang kanak-kanak yang dipaksa berkerja sebagai seorang hamba dalam isi rumah di India yang dipukul dan dibakar oleh majikan mereka sendiri. Peristiwa ini telah digunakan oleh NGO untuk menyerang proses globalisasi yang berlaku. Keadaan ini menunjukkan bahawa keadaan selesa yang amat besar ini adalah disebabkan oleh kejahatan manusia itu sendiri ini bukannya kesilapan dari satu sistem ekonomi antarabangsa yang berkembang akibat daripada proses globalisasi. Akibat daripada desakan hidup yang tinggi dan keluarga yang miskin ini telah mendesak anak-anak kecil tersebut bekerja dalam sektor-sektor industri yang berkaitan yang mana ini juga dapat meningkatkan pendapatan individu tersebut. Buruh kanak-kanak merupakan salah satu senario yang telah lama berlaku dalam pembangunan sesebuah negara.

        Washington  - Eksploitasi kanak-kanak sebagai buruh di seluruh dunia dapat ditangani dengan menyediakan akses kepada pendidikan dan membasmi kemiskinan yang menyumbang kepada masalah buruh kanak-kanak. Mereka juga mempunai hak tersendiri dalam mempertahankan diri mereka daripada menjadi buruh kanak-kanak.











No comments:

Post a Comment