Bank Dunia menjelaskan NGO merupakan salah satu organisasi swasta yang melakukan aktiviti untuk mengurangi penderitaan menggalakkan kepentingan terhadap golongan miskin, melindungi alam sekitar, menyediakan perhidmatan sosial yang asas dalam meningkatkan pembangunan masyarakat sesebuah negara.Ia dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu badan-badan bukan kerajaan operasi yang melaksanakan projek-projek pembangunan dan advokasi NGO yang menggalakkan sebab-sebab tertentu. NGO juga berperanan dalam menjaga hak asasi manusia tertentu dalam kumpulan advokasi . Mereka boleh memberi tumpuan kepada negara asal mereka ataupun mungkin secara antarabangsa.
Selain itu, terdapat beberapa NGO yang terlibat dalam hak asasi manusia ialah salah satunya ialah AMNESTY INTERNATIONAL. AT diasaskan pada tahun 1961 yang merupakan satu badan bukan kerajaan yang dihormati. Badan ini mempunyai lebih daripada 1.8 juta ahli di 150 negara.Organisasi ini tidak menerima tindakan wang lebih mudah dan ini merupakan salah satu cara kenaikan taraf dalam komunikasi yang dibawa akibat daripada proses globalisasi yang mana ini membolehkan berita dapat disebarkan secara meluas dan segera.
Kempen yang dijalankan oleh Verment Gabenor Howard yang telah dilakukan pada tahun 2004 dalam pilihanraya presiden ini merupakan salah satu contoh yang boleh dilakukan dalam mengurus sistem komunikasi secara elektronik. Tanpa adanya perubahan dalam sistem teknologi ini adalah sukar untuk membina satu jaringan perhubungan dengan individu lain. Dengan adanya perkembangan ini terutamanya dalam bidang internet ini memudahkan penciptaan lobi antarabangsa dan kedudukan intelektual atau pendirian politik sesebuah negara.Oleh itu, NGO digunakan untuk memberi tumpuan kepada masalah-masalah dalam negeri dalam masa yang sama ia dilihat dalam satu tempoh dalam sesebuah negara yang mana berpotensi untuk berkembang dengan sendirinya.
Seperti yang kita lihat, kebanyakkan NGO bimbang untuk melibatkan orang ramai di seluruh dunia dalam usaha mempercepatkan hak mereka sama ada dari segi politik, sosial mahupun ekonomi.Penglibatan NGO dalam menentukan hak asasi juga perlu kepada keprluan tenaga kerja secara sukarela. Ramai yang menyertai organisasi ini atas sebab-sebab kemanusian. Majoriti mereka yang terlibat melakukan perbezaan tersendiri dan menyumbang kepada perkembangan hak asasi masing-masing.Sesetengah individu juga memberi respon bahawa hak asasi manusia itu penting dalam mengatasi masalah ketidakpastian terhadap sesuatu perkara dan tiada perbezaan kelas antara satu sama lain.
Kerajaan juga mempunyai kuasa authoritarian yang cuba dilakukan dalam menyakinkan rakyatnya bahawa hanya suara rasmi akan didengar. Sesiapa yang mempunyai pendapat yang bertentangan akan diuruskan dengan cara yang kasar bergantung kepada tahap penindasan.Sebagai satu badan organisasi yang bukan bermatlamat menjamin keuntungan NGO sentiasa mencari pelbagai dana dan inesiatif daripada individu, yayasan, dan mana-mana badan yang mempunyai kuasa yang teguh. Ada sesetengah yang enggan menerima wang korporat contohnya dalam membantu magsa-mangsa bencana alam, gempa bumi, ribut taufan dan bencana alam yang lain.Contohnya di peringkat antarabangsa terdapat satu kuasa utama iaitu ICRC yang bertanggungjawab melindungi individu dan kumpulan dalam menangani pelbagai konflik.
Kesimpulannya penglibatan NGO merupaka salah satu elemen penting dalam menjamin hak asasi manusia dapat dicapai di era globalisasi ini dan seterusnya ini memberikan satu kesan yang positif terutamanya dalam pembangunan peringkat global.