Friday, 9 December 2011

Mangsa Ekonomi Akibat Daripada Proses GLOBALISASI...

Berdasarkan kepada proses globalisasi, contohnya dalam satu persidangan yang berlaku di Filifina yang membincangkan bagaimana berlakunya satu proses globalisasi secara adil. Dimana akibat daripada proses globalisasi ini memerlukan kes yang meningkat untuk tujuan pembangunan ekonomi sesebuah negara. Tidak ada gunanya juga apabila proses globalisasi yang berlaku tidak mengambil kira kehendak mahupun kebebasan individu dalam hak-hak yang perlu mereka semua perolehi.

Jawapan kepada persoalan yang cuba diketengahkan ialah mengenai kebimbangan yang meluas pada semua individu sebagai negara-negara yang berjuang untuk meningkatkan pembangunan ekonomi mereka dengan adanya penswastaan, industri, reformasi kepada cukai dan sebagainya. Namun begitu, mereka tidak bersedia. Kerajaan juga ada ketikanya boleh terlepas pandang terhadap hak-hak ekonomi individu-individu dalam sesebuah negara yang telah mengalami proses globalisasi yang begitu pesat, terutamnya bagi negara-negara maju yang lebih pesat mengalami perubahan yang sangat tinggi, tidak kira perubahan dalam teknologi mahupun perubahan dalam sektor lain.

Oleh itu, pelbagai persidangan secara tertutup mahupun terbuka telah dilakukan bagi memberi penumpuan dengan meletakkan individu-individu yang berhak untuk mendapatkan hak mereka dalam arus perubahan pembangunan ekonomi supaya mereka tidak terus ditindas dan diabaikan kesejahteraannya.

No comments:

Post a Comment