Wednesday, 21 December 2011

penglibatan NGO

       Bank Dunia menjelaskan NGO merupakan salah satu organisasi swasta yang melakukan aktiviti untuk mengurangi penderitaan menggalakkan kepentingan terhadap golongan miskin, melindungi alam sekitar, menyediakan perhidmatan sosial yang asas dalam meningkatkan pembangunan masyarakat sesebuah negara.Ia dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu badan-badan bukan kerajaan operasi yang melaksanakan projek-projek pembangunan dan advokasi NGO yang menggalakkan sebab-sebab tertentu. NGO juga berperanan dalam menjaga hak asasi manusia tertentu dalam kumpulan advokasi . Mereka boleh memberi tumpuan kepada negara asal mereka ataupun mungkin secara antarabangsa.

Selain itu, terdapat beberapa NGO yang terlibat dalam hak asasi manusia ialah salah satunya ialah AMNESTY INTERNATIONAL. AT diasaskan pada tahun 1961 yang merupakan satu badan bukan kerajaan yang dihormati. Badan ini mempunyai lebih daripada 1.8 juta ahli di 150 negara.Organisasi ini tidak menerima tindakan wang lebih mudah dan ini merupakan salah satu cara kenaikan taraf dalam komunikasi yang dibawa akibat daripada proses globalisasi yang mana ini membolehkan berita dapat disebarkan secara meluas dan segera.

Kempen yang dijalankan oleh Verment Gabenor Howard yang telah dilakukan pada tahun 2004 dalam pilihanraya presiden ini merupakan salah satu contoh yang boleh dilakukan dalam mengurus sistem komunikasi secara elektronik. Tanpa adanya perubahan dalam sistem teknologi ini adalah sukar untuk membina satu jaringan perhubungan dengan individu lain. Dengan adanya perkembangan ini terutamanya dalam bidang internet ini memudahkan penciptaan lobi antarabangsa dan kedudukan intelektual atau pendirian politik sesebuah negara.Oleh itu, NGO digunakan untuk memberi tumpuan kepada masalah-masalah dalam negeri dalam masa yang sama ia dilihat dalam satu tempoh dalam sesebuah negara yang mana berpotensi untuk berkembang dengan sendirinya.

Seperti yang kita lihat, kebanyakkan NGO bimbang untuk melibatkan orang ramai di seluruh dunia dalam usaha mempercepatkan hak mereka sama ada dari segi politik, sosial mahupun ekonomi.Penglibatan NGO dalam menentukan hak asasi juga perlu kepada keprluan tenaga kerja secara sukarela. Ramai yang menyertai organisasi ini atas sebab-sebab kemanusian. Majoriti mereka yang terlibat melakukan perbezaan tersendiri dan menyumbang kepada perkembangan hak asasi masing-masing.Sesetengah individu juga memberi respon bahawa hak asasi manusia itu penting dalam mengatasi masalah ketidakpastian terhadap sesuatu perkara dan tiada perbezaan kelas antara satu sama lain.

Kerajaan juga mempunyai kuasa authoritarian yang cuba dilakukan dalam menyakinkan rakyatnya bahawa hanya suara rasmi akan didengar. Sesiapa yang mempunyai pendapat yang bertentangan akan diuruskan dengan cara yang kasar bergantung kepada tahap penindasan.Sebagai satu badan organisasi yang bukan bermatlamat menjamin keuntungan NGO sentiasa mencari pelbagai dana dan inesiatif daripada individu, yayasan, dan mana-mana badan yang mempunyai kuasa yang teguh. Ada sesetengah yang enggan menerima wang korporat contohnya dalam membantu magsa-mangsa bencana alam, gempa bumi, ribut taufan dan bencana alam yang lain.Contohnya di peringkat antarabangsa terdapat satu kuasa utama iaitu ICRC yang bertanggungjawab melindungi individu dan kumpulan dalam menangani pelbagai konflik.

Kesimpulannya penglibatan NGO merupaka salah satu elemen penting dalam menjamin hak asasi manusia dapat dicapai di era globalisasi ini dan seterusnya ini memberikan satu kesan yang positif terutamanya dalam pembangunan  peringkat global.

Friday, 9 December 2011

Mangsa Ekonomi Akibat Daripada Proses GLOBALISASI...

Berdasarkan kepada proses globalisasi, contohnya dalam satu persidangan yang berlaku di Filifina yang membincangkan bagaimana berlakunya satu proses globalisasi secara adil. Dimana akibat daripada proses globalisasi ini memerlukan kes yang meningkat untuk tujuan pembangunan ekonomi sesebuah negara. Tidak ada gunanya juga apabila proses globalisasi yang berlaku tidak mengambil kira kehendak mahupun kebebasan individu dalam hak-hak yang perlu mereka semua perolehi.

Jawapan kepada persoalan yang cuba diketengahkan ialah mengenai kebimbangan yang meluas pada semua individu sebagai negara-negara yang berjuang untuk meningkatkan pembangunan ekonomi mereka dengan adanya penswastaan, industri, reformasi kepada cukai dan sebagainya. Namun begitu, mereka tidak bersedia. Kerajaan juga ada ketikanya boleh terlepas pandang terhadap hak-hak ekonomi individu-individu dalam sesebuah negara yang telah mengalami proses globalisasi yang begitu pesat, terutamnya bagi negara-negara maju yang lebih pesat mengalami perubahan yang sangat tinggi, tidak kira perubahan dalam teknologi mahupun perubahan dalam sektor lain.

Oleh itu, pelbagai persidangan secara tertutup mahupun terbuka telah dilakukan bagi memberi penumpuan dengan meletakkan individu-individu yang berhak untuk mendapatkan hak mereka dalam arus perubahan pembangunan ekonomi supaya mereka tidak terus ditindas dan diabaikan kesejahteraannya.

Sunday, 4 December 2011

kebebasan ekonomi sebagai hak asasi dalam proses globalisasi

Kebebasan sejati hanya akan dapat dicapai apabila manusia memiliki hak atas aktualisasi diri secara ekonomi.
Tidak ada definisi yang baku atau standard yang dapat menerangkan secara lebih terperinci apakah kebebasan ekonomi yang dimaksudkan, tetapi secara umumnya globalisasi ekonomi dapat didefinisikan sebagai satu proses dimana penglibatan dalam kegiatan ekonomi dunia.Contohnya sejak perang dunia ke-2 berakhir hingga tahun 1970-an ekonomi dunia didominasi oleh ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Bentuk globalisasi yang paling menonjol ialah globalisasi ekonomi, manakala ciri dan sifat utama globalisasi ini ialah persaingan. Bagi negara yang mahu terus maju maka ia harus bergiat aktif dengan melibatkan diri dalam keseluruhan ekonomi antarabangsa. Ini adalah kerana globalisasi ekonomi menjadikan persaingan, pengeluaran, kawalan pasaran, pengurusan, teknologi, dan modal insan turut menjadi global.

Mengikut PBB hak asasi manusia yang dikeluarkan merupakan satu resolusi yang mengingatkan dunia bahawa 1/4 daripada penduduk duania kekal dalam masalah kemiskinan yang teruk.Kemiskinan manusia ini merupakan satu penafian ke atas hak asasi manusia.

Hal ini disokong pula apabila proses globalisasi yang tidak terkawal akan membantu mengurangkan maslah kemiskinan di sesebuah negara berkenaan.Akibat proses globalisasi ekonomi ini lebih melihatkan individu itu sendiri mempunyai hak  mereka sendiri dalam mengisi kekosongan  dalam pengkhususan kerja yang telah ditawarkan dalam sektor-sektor pekerjaan dimana ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kesejahteraan hidup mereka dan sekali gus kualiti hidup mereka meningkat..

Namun begitu, akibat daripada proses globalisasi juga terutamanya dalam kebebasan ekonomi juga wujud jurang perbezaan antara golongan kaya dengan golongan miskin.Apabila wujud jurang yang agak ketara ini tidak dapat dinafikan lagi bahawa akan terjadinya perbezaan hak manusia itu sendiri.Globalisasi ekonomi juga dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam sesebuah negara dan ini menyebabkan proses globalisasi berlaku itu turut terus berkembang sama ada peringkat nasional mahupun antarabangsa.

kebebasn yang diinginkan
  


kemajuan ekonomi




bersambung.....

kemajuan dalam era globalisasi

Secara sinonimnya juga akibat daripada proses globalisasi telah berlaku banyak perubahan dari segi semua aspek terutamanya kemajuan yang paling pantas dapat dilihat dalam teknologi maklumat,..Akibat daripada proses globalisasi ini perlu kepada pengetahuan bagaimana hak asasi manusia diaplikasikan...

Selain itu, hak asasi ini penting bagi memastikan masyarakat pada hari ini mendapatkan apa yang mereka berhak dapat.Hak asasi ini juga boleh dilihat daris egi hak asasi manusssia bersuara, hak asasi dalam berpolitik, hak asasi dalam bidang ekonomi dan lain-lain.


Mengikut sejarah nasional hak asasi manusia pula telah berada dalam  satu keadaan yang baik.Dalam satu perbincangan diplomatik yang telah diutarakan semasa Perang Dingin antara Amerika diplomatik di Kesatuan Soviet dan negara-negara lain telah membaa juga pembaharuan yang besar.


Saturday, 3 December 2011

Sejarah Ringkas Mengenai Hak Asasi Manusia.

  • Terdapat pelbagai isu dalam pemantauan hak manusia antarabangsa. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan yang mentadbir mempunyai pengaruh moral yang kuat dalam menentukan hak asasi seseorang.Hasil daripada perhimpunan agung yang telah dianggotai oleh 1191 buah negara yang majoritinya antara mereka mempunyai pengaruh yang kuat.

  • Sebagai contoh banyak negara-negara di Amerika yang menyokong antara satu sama lain sebagai satu kumpulan demi menapai hak asasi mereka.Hasilnya mereka sering mengundi bersama-sama untuk menjamin kedudukan mereka.

  • Contohnya ialah satu keputusan kukuh iaitu negara Sudan mempunyai kedudukan mengenai hak asasi manusia bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

  • Hak Asasi manusia telah berada pada satu tahap yang terbaik.Dalam satu perbincangan diplomatik yang telah diutarakan semasa Perang Dingin antara Amerika diplomatik di Kesatuan Soviet dan negara-negara lain di Soviet telah membina pengaruh yang agak besar bagi membuat satu titik pertemuan dengan penetang-penentang semasa lawatan rasmi dan sentiasa membawa kepada hak asasi seseorang individu tersebut.










hak asasi manusia??????


HAK ASASI MANUSIA….

Pengertian hak asasi manusia..
1.Hak asasi manusia merupakan hak dasar yang melekat dan dimiliki setiap manusia anugerah tuhan yang maha esa. Kesedaran tentang hak asasi manusia ini disandarkan kepada pengakuan bahawa semua manusia sebagai mahluk tuhan memiliki darjat dan martabat yang sama, maka setiap manusia memiliki hak asar yang disebut hak asasi manusia.
Jadi kesedaran akan adanya hak asasi ini tumbuh dari pengakuan manusia sendiri bahawa mereka adalah sama dan sedarjat..

Hak asasi meliputi pelbagai bidang seperti berikut:
vHak asasi peribadi
vHak asasi ekonomi
vHak asasi politik
vHak asasi kebudayaan dan sosial
vHak asasi untuk mendapatkan perlakuan yang sama dalam sistem pemerintahan.
vHak asasi untuk mendapatkan pelakuan yang adil dan saksama dalam sistem pengadilan.









Berdasarkan kepada buku yang telah dipilih skop buku ini dibahagikan kepada 8 bab. Dalam bab 1 menceritakan mengenai hak asasi manusia dalam kategori hak-hak dalam sistem politik,contohnya hak kebebasan bersuara,kebebasan daripada dimasukkan dalam penjara tanpa sebab dan kebebasan pergerakan.Walau bagaimanapun ,beberapa pengkritk globalisasi cuba untuk mengekalkan bahawa hak asasi manusia termasuk hak untuk bekerja dan hak tidak diekplotasi.

Manakala dalam bab 2 pula kita akan melihat dengan lebih dekat bagaimana takrif hak asasi manusia telah berkembang dan beberapa implikasi baru yang mempunyai perkaitan dengan proses globalisasi.

Tambahan lagi,dalam bab 3 pula mengutarakan hubungan antara ekonomi,pergantungan,globalisasi dan hak manusia.Dalam bab 4, menerangkan mengenai aspek kebebasan peribadi akibat daripada proses globalisasi.Bab 5 pula meneliti mengenai media global iaitu pengaruh daripada televisyen dan internet dan bab ini juga menerangkan mengenai kesimpulan tentang pengaruh globalisasi yang memberi kesan kepada hak asasi manusia.

Selain itu, bab 6 pula merungkaikan mengenai bagaimana peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)dalam menangani cabaran globalisasi dan berjuang untuk hak asasi manusia dengan agen-agen perubahan oleh proses globalisasi.

Bab 7 hanya memberi tumpuan kepada salah satu negara yang diambil sebagai contoh iaitu Amerika Syarikat yang terlibat dalam gerakan-gerakan ke arah proses globalisasi.Dalam bab terakhir pula menerangkan tentang beberapa ramalan-ramalan tentang masa depan manusia akibat daripada proses globalisasi.




apa itu globalisasi??????????



Mengikut Bank Dunia, globalisasi dapat diringkaskan sebagai 1 edaran global bagi barangan,perhidmatan, modal,maklumat,idea dan juga manusia.Takrifan ini juga menunjukkan bahawa dunia telah menjadi semakin berkembang berdasarkan kepada idea yang telah dilontarkan oleh sesetengah penulis yang terkemuka, tetapi beberapa ahli geografi berpendapat bahawa melalui geografilah telah membawa kepada globalisasi pada masa sekarang.  





A simple definition of globalization in the trend to a single interdependent ,and integrated world. Globalizationin the 20th century emerged with the linking of nations and people around the world through transportation. Fast and efficient home, no company will go to the troble of taking work outside its own country. But because living standars are significantly different around the world,for many businesses it makes economic sense to move work to a country with lower wages. The process is called outsourching, and it is one of the more visible signs og globalization..

About me...

  


Nama diberi  NURUL ANISYA BT MOHD RABANI...ni merupakan blog kedua saya....untuk pengetahuan semua blog pertama saya mengalami sedikit masalah teknikal...Saya merupakan pelajar sains pembangunan tahun 3 di bawah pusat Pengajian Sosial Pembangunan dan Persekitaran...Dalam blog ini saya akan menceritakan mengenai globalisasi dan hak manusia.
                               


                                  sekian, terima kasih......

GlObAlisAsi dan hAk MaNuSiA

Merujuk kepada penulisan saya kali ini, ianya adalah berkaitan dengan isu globalisasi. Antara salah satu buku yang telah saya pilih dan menarik bagi saya ialah;

GLOBALIZATION and HUMAN RIGHTS ( THE NEW GLOBAL SOCIETY )


Buku ini diedit oleh Alma Kadragic. Terdapat 8 bab/tajuk yang berbeza yang telah dikupas yang berkaitan dengan isu globalisasi dan hak manusia dalam meralisasikan proses globalisasi tersebut. Buku ini telah diterbitkan oleh Chelsea House Publication. 


Untuk pendahuluannya, buku ini mengupas mengenai siri masyarakat global yang digambarkan pada masa sekarang bagi memberikan pemahaman kepada pembaca yang mempunyai kuasa globalisasi dan kesannya terhadap dunia kita.